Wednesday, October 15, 2008

Yabei!!Mou Chikoku da!!


"Come on, Kay. Step on it! I have less than ten minutes!"

Aku sudah terlalu lewat. Hanya sepuluh minit berbaki buatku untuk tiba ke destinasi. Sepuluh minit itu juga termasuk masa untuk memarkir kenderaan, menunggu lif, membuka pintu, memperbaharui wudhu'. Sinar jingga matahari barat makin kelam, dan aku kini terdesak mengejar waktu Asar!

Aduhai...aku mengeluh buat kali ketiga hari ini.

Kealpaanku...kelekaanku...


PETANG TADI


Sewaktu aku mahu berangkat pulang ke rumah, terdengar laungan azan dari handphoneku menandkan waktu Asar menjelma tiba. Aku biarkan sahaja azan itu berkumandang penuh, tidak menghiraukan mata-mata asing yang menjeling.

Sabda Rasulullah(pbuh):

"Siapa yang mendengar seruan azan tetapi dia tidak menyahutnya, tidak diterima solatnya kecuali kerana uzur."

Sabda baginda dalam hadis yang lain:

"Sudah cukup bagi mukmin sebagai satu kecelakaan jia dia mendengar azan memanggil untuk solat tetapi dia tidak menyahutnya."


Alhamdulillah, masih teringat pesan seorang sahabat lama agar sentiasa mengekalkan wudhu' dalam apa jua keadaan. Jadi aku yakin tubuhku masih bersih dari wudhu Zohor tadi. Di sini hendak mencari tempat sesuai berwudhu agak payah sedikit, jadi beginilah yang aku selalu lakukan untuk waktu Asar. Jika terbatal, aka menapaklah ke tandas hancing berdekatan. Syukurlah tempat solat tidak menjadi masalah.

Nota-nota, serta kertas kerja yang bersepahan atas meja aku satukan ke dalam fail dan meletakkannya di celah halaman buku The Darker Side, masterpiece dari Cody McFadyen. Kain alas meja aku jadikan galang ganti sejadah. Rambut panjangku aku tarik ke belakang dengan cekak hitam dan gelang getah. Siaga untuk solat. Cuma...

Telefon bimbitku berbunyi, mengingatkan aku yang terlupa untuk meletakkannya pada silent mode. Teman seangkatanku, Kay yang menelefon.

"Jay, where you at? I need you to come with me now, bro. It's a matter of life and death. Pleaseee!!!"

Aih...sahabat yang seorang ini masih suka memanggilku Jay.

"I was just about to do my prayers, Kay. Give me five minutes."

"Aw, no man! Death ain't gonna give me another five minutes! Come on, man! I need you now."

Aduh...aku serba salah. Medan solat sudah aku sediakan, takkan mahu ditinggalkan begitu saja?


"Come on, Jay...It's only for five minutes. Or do you prefer walking back home today?"

Alamak...sudah sampai tahap mengugutkah?
Parah. Takkan aku nak berjalan ke rumah?

Bukanlah tiada pengangkutan lain, tapi aku kini dalam proses berjimat cermat secara ekstrem. Lebih menguntungkan jika aku menumpang kereta Kay walaupun terpaksa juga membayar ongkos minyak. Tapi sekurang-kurangnya ia lebih jimat dari membayar tambang bas. Kalau menapak, tengah malam agaknya baru tiba.

Ah! Tak mengapalah, InsyaAllah masih banyak masa untukku bersolat Asar.

Khilafku...khilafku...


Sedang kami dalam perjalanan ke destinasi Kay, hujan mencurah hebat. Serasaku tadi langit masih cerah-cerah sahaja. Ah, cuaca dunia sekarang memang begini. Sekejap terik membakar, seminti kemudian boleh sahaja datangnya hujan guruh. Salah manusia juga! Sudah tahu dunia makin tercemar, masih juga tidak berbuat apa-apa. Aku juga termasuk si bodoh yang tak terkecuali.

Aduhai...keluhan pertama.


Hujan lebat melambatkan perjalanan. Kereta di jalanan baik yang kecil mahupun besar, sekalipun yang mampuberlari laju, semuanya kini hanya bisa merangkak. Sudah lebih satu jam kami terperangkap di tengah kebejatan asap dan hon. Bergerak pun dikit-dikit. Walhal destinasi Kay masih belum menampakkan kelibat.

"Aw God. This isn't the best time for the rain! Ahh!! @%!*#!" Kay hilang sabar. Peluangnya berbaik semula dengan tunangnya kian tipis. Mengajak aku untuk sama menyelesaikannya kini tampak sia-sia.

"Chill, Kay. I'm sure she'll understand there's a reason for you to be late this time. I'll back you up." Hanya itu mampu aku luahkan. Tiada gunanya marah-marah sekarang., hanya menambahkan keruh di hati.

Namun hati sendiri ini juga sebenarnya sedang bergelora. Hujan ini terlalu lebat dan banjir nampaknya kian pasti terjadi. Tak mustahil juga sudah pun terjadi. Mungkin itu penyebabnya kami terperangkap.

Maghrib makin karib. Wudhu'ku juga sudah terbatal.

Aduhai...keluhan kedua.


HAMPIR MALAM

"I'm really sorry for dragging you inti this. Shouldn't have been so selfish. I know you still haven't done your prayers yet. Sorry,Jay. My bad." Ucap Kay sebaik sahaja bumbung rumahku kelihatan. Keretanya bergerak menghampiri. Dia tampaknya serba salah melihat aku mengeluh. Mungkin merasakan dia penyebab aku bakal terlepas waktu solatku.

"Nah(no), Kay. It's my own doing." Kereta berhenti. Aku menepuk perlahan bahu sahabat itu dan terus berlari ke atas. Ikhlas dariku, ini memang bukan salahnya.

Akhirnya...bacaan tahiyatul awwal dalam Asarku diiringi merdu azan dari telfon bimbitku. Alhamdulillah, aku masih berkesempatan. Namun tidak akan sekali aku membiarkan diri ini merasa lega!

Jelas! Aku yang bersalah sepenuhnya dalam hal ini! Aku yang tidak tahu membezakan mana satu kepentinganku.

1. Aku mengutamakan makhluk daripada PENCIPTA.
2. Aku terlalu menginginkan dalam berjimat yang sepatutnya ibadah SUNAT, menjadi penyebab dosaku bertambah hasil melewat-lewatkan solat yang WAJIB.
3.Aku tidak bertegas dalam menyatakan pendirian. Terlau mudah tewas pada ugutan DUNIA.
4. Aku mengabaikan peringatan Tuhan bahawa kematian itu bisa berlaku BILA-BILA MASA.
5. ...dan mengkin banyak lagi kesalahan-kesalahan yang aku tidak nampak.

Semua ini aku terfikirkan ketika sesak tadi. Tapi ketia itu, hanya doa dan penyesalan yang mampu aku tawarkan kepada Tuhanku.


BISAKAH DITERIMA?

Dahulu, ini jugalah kesilapanku. Dahulu, tika aku menadah tangan, tika aku menahan tumpahnya air mata, ini jugalah janjiku kepada Tuhanku.

"SESUNGGUHNYA IBADAHKU,SOLATKU,PUASAKU,HIDUPKU DAN MATIKU HANYALAH SEMATA-MATA KERANA ALLAH!"

Namun kejadian tadi bagaikan titik putih ditengah-tengah hamparan hitam, bukti jelas bahawa hamba ini masih, amat,terlalu, melampau sayang pada duniawinya. Jika aku lakukan semuanya kerana Allah, mengapa harus dilewat-lewatkan menghadapnya? Bukankah Dia itu cintaku? Kekasih jenis yang manakah suka melewatkan perjumpaan dengan kekasihnya? Dan mengapa tidak aku laksanakan amal yang paling disukai kekasihku?


Abdullah bin Masud berkata" "Saya bertanya kepada Rasulullah(pbuh), apakah amal yang paling disukai Allah?" Rasulullah menjawab:

"Solat dalam waktunya."
(Hadis Muttafaq)


Nampak benar taubatku sebelumnya mash kurang keikhlasan, masakan Allah akan menerimanya?




aku butuh pada pengampunan dan petunjukMu Ya Rahmanu Ya Rahim...
-monolog-

No comments: