Tuesday, October 28, 2008

Trouble Updating....

lots of trouble to update the blog...

can't write many words, or else it wont publish...dou iu imi?

Lots of Problemsss

blogger.com terlalu banyak ragam!

Saturday, October 18, 2008

Kembali Bernafas...

Alhamdulillah...

Baru-baru ini aku menerima pesanan dari seseorang. Pesanannya pendek, tapi cukup untuk aku memahami. Pesanan perpisahan.

Hendak dikatakan aku bersedih, sememangnya wujud perasaan itu. Tapi jika dilihat dari gambaran yang lebih luas, ada baiknya begini.

Terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan, dan terlalu banyak aku terhutang budi padanya. Kedua-dua ini mustahil untuk aku tebus, apatah lagi membalasnya.

Doa? Aku tahu kami akan sentiasa mendoakan kebaikan untuk satu sama lain, dan insyaAllah, aku akan pasti doaku untuknya tak akan putus-putus sebagaimana akan aku doakan untuk diri sendiri, untuk kedua ibu ayahku, kedua abang-abangku...

Ikhlas aku katakan, aku juga gembira dengan semua yang kulalui sekarang. Oleh itu, jika kau sedang membaca ini, usahlah kau gusar, usah kau risau. Aku kini selamat, aku kini sihat.

Ketahuilah aku tidak akan jatuh lagi seperti mana jatuhnya seluruh alamku dahulu. Dan aku berharap benar kau akan percaya yang aku benar-benar ingin berubah, supaya doamu sentiasa mengiringi kembara perjuanganku.

Akhiran...dahulu aku tahu mulutku tidak pernah membicarakan perkataan ini, mungkin kerana aku masih terperangkap dalam dunia sesat rekaanku, tapi kini izinkanlah aku ucapkannya...

Aku tidak lagi mahu mengharapkan sayangmu, jauh sekali aku ingin mengimpikan cintamu. Oleh itu, izinkanlah aku memanggilmu sebagai 'sahabatku'...biarpun kita mungkin tidak kan ketemu lagi...

Wassalam...


semoga kita kan bertemu di syurga sana

-monolog-

Wednesday, October 15, 2008

Yabei!!Mou Chikoku da!!


"Come on, Kay. Step on it! I have less than ten minutes!"

Aku sudah terlalu lewat. Hanya sepuluh minit berbaki buatku untuk tiba ke destinasi. Sepuluh minit itu juga termasuk masa untuk memarkir kenderaan, menunggu lif, membuka pintu, memperbaharui wudhu'. Sinar jingga matahari barat makin kelam, dan aku kini terdesak mengejar waktu Asar!

Aduhai...aku mengeluh buat kali ketiga hari ini.

Kealpaanku...kelekaanku...


PETANG TADI


Sewaktu aku mahu berangkat pulang ke rumah, terdengar laungan azan dari handphoneku menandkan waktu Asar menjelma tiba. Aku biarkan sahaja azan itu berkumandang penuh, tidak menghiraukan mata-mata asing yang menjeling.

Sabda Rasulullah(pbuh):

"Siapa yang mendengar seruan azan tetapi dia tidak menyahutnya, tidak diterima solatnya kecuali kerana uzur."

Sabda baginda dalam hadis yang lain:

"Sudah cukup bagi mukmin sebagai satu kecelakaan jia dia mendengar azan memanggil untuk solat tetapi dia tidak menyahutnya."


Alhamdulillah, masih teringat pesan seorang sahabat lama agar sentiasa mengekalkan wudhu' dalam apa jua keadaan. Jadi aku yakin tubuhku masih bersih dari wudhu Zohor tadi. Di sini hendak mencari tempat sesuai berwudhu agak payah sedikit, jadi beginilah yang aku selalu lakukan untuk waktu Asar. Jika terbatal, aka menapaklah ke tandas hancing berdekatan. Syukurlah tempat solat tidak menjadi masalah.

Nota-nota, serta kertas kerja yang bersepahan atas meja aku satukan ke dalam fail dan meletakkannya di celah halaman buku The Darker Side, masterpiece dari Cody McFadyen. Kain alas meja aku jadikan galang ganti sejadah. Rambut panjangku aku tarik ke belakang dengan cekak hitam dan gelang getah. Siaga untuk solat. Cuma...

Telefon bimbitku berbunyi, mengingatkan aku yang terlupa untuk meletakkannya pada silent mode. Teman seangkatanku, Kay yang menelefon.

"Jay, where you at? I need you to come with me now, bro. It's a matter of life and death. Pleaseee!!!"

Aih...sahabat yang seorang ini masih suka memanggilku Jay.

"I was just about to do my prayers, Kay. Give me five minutes."

"Aw, no man! Death ain't gonna give me another five minutes! Come on, man! I need you now."

Aduh...aku serba salah. Medan solat sudah aku sediakan, takkan mahu ditinggalkan begitu saja?


"Come on, Jay...It's only for five minutes. Or do you prefer walking back home today?"

Alamak...sudah sampai tahap mengugutkah?
Parah. Takkan aku nak berjalan ke rumah?

Bukanlah tiada pengangkutan lain, tapi aku kini dalam proses berjimat cermat secara ekstrem. Lebih menguntungkan jika aku menumpang kereta Kay walaupun terpaksa juga membayar ongkos minyak. Tapi sekurang-kurangnya ia lebih jimat dari membayar tambang bas. Kalau menapak, tengah malam agaknya baru tiba.

Ah! Tak mengapalah, InsyaAllah masih banyak masa untukku bersolat Asar.

Khilafku...khilafku...


Sedang kami dalam perjalanan ke destinasi Kay, hujan mencurah hebat. Serasaku tadi langit masih cerah-cerah sahaja. Ah, cuaca dunia sekarang memang begini. Sekejap terik membakar, seminti kemudian boleh sahaja datangnya hujan guruh. Salah manusia juga! Sudah tahu dunia makin tercemar, masih juga tidak berbuat apa-apa. Aku juga termasuk si bodoh yang tak terkecuali.

Aduhai...keluhan pertama.


Hujan lebat melambatkan perjalanan. Kereta di jalanan baik yang kecil mahupun besar, sekalipun yang mampuberlari laju, semuanya kini hanya bisa merangkak. Sudah lebih satu jam kami terperangkap di tengah kebejatan asap dan hon. Bergerak pun dikit-dikit. Walhal destinasi Kay masih belum menampakkan kelibat.

"Aw God. This isn't the best time for the rain! Ahh!! @%!*#!" Kay hilang sabar. Peluangnya berbaik semula dengan tunangnya kian tipis. Mengajak aku untuk sama menyelesaikannya kini tampak sia-sia.

"Chill, Kay. I'm sure she'll understand there's a reason for you to be late this time. I'll back you up." Hanya itu mampu aku luahkan. Tiada gunanya marah-marah sekarang., hanya menambahkan keruh di hati.

Namun hati sendiri ini juga sebenarnya sedang bergelora. Hujan ini terlalu lebat dan banjir nampaknya kian pasti terjadi. Tak mustahil juga sudah pun terjadi. Mungkin itu penyebabnya kami terperangkap.

Maghrib makin karib. Wudhu'ku juga sudah terbatal.

Aduhai...keluhan kedua.


HAMPIR MALAM

"I'm really sorry for dragging you inti this. Shouldn't have been so selfish. I know you still haven't done your prayers yet. Sorry,Jay. My bad." Ucap Kay sebaik sahaja bumbung rumahku kelihatan. Keretanya bergerak menghampiri. Dia tampaknya serba salah melihat aku mengeluh. Mungkin merasakan dia penyebab aku bakal terlepas waktu solatku.

"Nah(no), Kay. It's my own doing." Kereta berhenti. Aku menepuk perlahan bahu sahabat itu dan terus berlari ke atas. Ikhlas dariku, ini memang bukan salahnya.

Akhirnya...bacaan tahiyatul awwal dalam Asarku diiringi merdu azan dari telfon bimbitku. Alhamdulillah, aku masih berkesempatan. Namun tidak akan sekali aku membiarkan diri ini merasa lega!

Jelas! Aku yang bersalah sepenuhnya dalam hal ini! Aku yang tidak tahu membezakan mana satu kepentinganku.

1. Aku mengutamakan makhluk daripada PENCIPTA.
2. Aku terlalu menginginkan dalam berjimat yang sepatutnya ibadah SUNAT, menjadi penyebab dosaku bertambah hasil melewat-lewatkan solat yang WAJIB.
3.Aku tidak bertegas dalam menyatakan pendirian. Terlau mudah tewas pada ugutan DUNIA.
4. Aku mengabaikan peringatan Tuhan bahawa kematian itu bisa berlaku BILA-BILA MASA.
5. ...dan mengkin banyak lagi kesalahan-kesalahan yang aku tidak nampak.

Semua ini aku terfikirkan ketika sesak tadi. Tapi ketia itu, hanya doa dan penyesalan yang mampu aku tawarkan kepada Tuhanku.


BISAKAH DITERIMA?

Dahulu, ini jugalah kesilapanku. Dahulu, tika aku menadah tangan, tika aku menahan tumpahnya air mata, ini jugalah janjiku kepada Tuhanku.

"SESUNGGUHNYA IBADAHKU,SOLATKU,PUASAKU,HIDUPKU DAN MATIKU HANYALAH SEMATA-MATA KERANA ALLAH!"

Namun kejadian tadi bagaikan titik putih ditengah-tengah hamparan hitam, bukti jelas bahawa hamba ini masih, amat,terlalu, melampau sayang pada duniawinya. Jika aku lakukan semuanya kerana Allah, mengapa harus dilewat-lewatkan menghadapnya? Bukankah Dia itu cintaku? Kekasih jenis yang manakah suka melewatkan perjumpaan dengan kekasihnya? Dan mengapa tidak aku laksanakan amal yang paling disukai kekasihku?


Abdullah bin Masud berkata" "Saya bertanya kepada Rasulullah(pbuh), apakah amal yang paling disukai Allah?" Rasulullah menjawab:

"Solat dalam waktunya."
(Hadis Muttafaq)


Nampak benar taubatku sebelumnya mash kurang keikhlasan, masakan Allah akan menerimanya?




aku butuh pada pengampunan dan petunjukMu Ya Rahmanu Ya Rahim...
-monolog-

Thursday, October 9, 2008

Kala Itu...

Kala subuh bertamu datang
daku bersimpuh untuk berdoa
Kala timbulnya suria timur
daku datang dalam sujud dan dalam puja

Hidupku,
Hidup ini pasrah kepadaMu
Ibadahku semata untukMu
Ku agungkan namaMu
Allahu Akbar!

Cintaku,
Ku pinta padaMu semata
sebelum jasad kembali ke tanah
hapuskanlah segala dosa
disengajakan atau pun tiada

Kekasihku,
Ku pohon redhaMu
Perjuanganku hanya untukMu
Ku sebut namaMu
Allahu Akbar!

Tuhanku,
Ku damba hidayahMu
dalam menempuh jalan hidupku
Pintaku hanyalah satu
Kekalkanlah aku pada jalanMu


-monolog AABAA dibawah siraman cahaya bulan-

Wednesday, October 8, 2008

Selamatkan 'malam'ku


Subhanallah walhamdulillah…Betapa uniknya ciptaan Tuhan bernama Manusia. Diciptakan dengan pelbagai keistimewaan dan kesempurnaan, membezakan mereka dari makhluk Tuhannya yang lain.Diberi pula pengiktirafan sebagai Khalifah dan pemimpin teragung di bumi serba bertuah ini.


Semalam, rumah aku didatangi seorang kenalan. Mampirnya kerana mahu mengajak ke suatu tempat yang belum pernah kutemu sebelumnya. Tempat letaknya di atas bukit, agak jauh dari pengetahuan ramai. Katanya, bukit itu, dan malam itu, malam terbaik untuk kami melihat langit!


Melihat langit? Ah, kenapa tidak! Aku bukannya terikat benar dengan apa-apa kerja malam itu. Lagipun, bagaimana untuk aku menolak sahabat yang mengajakku untuk melihat betapa agungnya ciptaan Pencipta? Dalam Al-Quran Kalamullah juga entah berapa banyak kali disebut perihal perkataan LANGIT dan bumi. Inilah masa untuk memperkukuhkan iman, dengan melihat betapa terasingnya keagungan kejadian Tuhan berbanding apa yang manusia itu dirikan.


Tapi…dengan siapa akan kami pergi? Sahabatku ini bukannya gemar berkecil-kecilan dalam aktivitinya. Harapnya tidaklah diajaknya siapa2 yang tak sepatutnya.


ALLAH…harapanku sirna ditenggelamkan gelapnya malam. Sahabatku menggendong bersama teman wanitanya. Parah! Syukur Tuhan itu Kasihnya Terlalu Agung. DihantarNya penyelamat bagiku.Adik beradik Noimivi, Halma dan Asu, mereka turut serta.


Kami berangkat ke bukit tujuan dengan tiga motor. Aku yang sampai kian masih belum alim halnya motor, membonceng dengan Asu. Ah!Aku memang kurang gemar menaiki motor. Teringat pesan(amaran sebenarnya)nenda Kamariah melarang cucunya bercanda dengan motorsikal. Nenda Kamariah doanya makbul, apa dikatanya selalu menjadi.


Jejak saja tapakku ke tanah, aku terus memandang ke langit. Subhanallah…tiada kata selain pujian tertinggi bagi Tuhan kami yang menciptakan kegelapan malam. Apa yang aku lihat hanyalah betapa dalamnya kegelapan malam, tiada kelibat bulan. Bintang pula langsung hilang, mungkin merajuk dengan kekasihnya Purnama yang tak muncul2. Malam itu hitam pekat. Sungguh aku tak pernah melihat malam segelap yang dibentangkan di hadapan mata ini.


(translated) “Apa maksud kegelapan ini, sahabat? Bukankah katamu malam ini malam terbaik melihat langit?Jadi mengapa apa yang kulihat di sini hanyalah hilangnya cahaya?” Soalku musykil. Terasa kedatangan kami sia2. Pintu baranku sedikit terbuka.


Entah mengapa sahabatku Halma tiba-tiba teresak. Abangnya Asu kehairanan, lantas lekas merapati.


“Asu, why is it when I look at the blackened sky, I felt that it’s the reflection of my heart? There’s not even one speck of light in it, similar of mine. O how many sins have I done for me to deserve a heart as black as my skin?” Halma melempiaskan rasa hatinya.


Masya Allah…mengapa tidak aku lihat makna kegelapan ini? Mengapa bukan aku, yang lebih banyak berdosa kepadaMu masih tidak mampu membukakan mata hati untuk melihat maksudnya malam ini? Halma itu sahabatku, namun tidaklah dia saudara seagamaku, tapi mengapa mata dia yang terbuka melihat siratan malam kelam ini? Jahilku…jahilku…


Ya…penciptaan malam gelap itu adalah bagi mereka yang benar2 melihat. Disembunyikan hadirnya rembulan dan bebintang bagi mereka yang ingin memahami betapa setiap penciptaanNya itu terkandung seribu,tidak…sejuta hikmah yang segalanya hanya di bawah pengetahuan Dia…Dihijabkan dari pandangan mata kami hiasan malam untuk kami(yang memerhati) kembali kepada fitrahnya kejadian manusia. Mengenang segala kesilapan lalu,menjadikan ia pedoman untuk hati2 yang mahu kembali.


Allahu akbar…

Allahu akbar…

Allahu akbar…


Seinfiniti pujian dariku juga tidak mampu untuk menggambarkan betapa bijaksana aturan Tuhan itu. Usai sahaja aku berfikir,reda sahaja esak Halma, Bulan menguak awan ke sisi, menghadirkan bersamanya bintang2 setia.

Aku,Asu,Halma dan sahabatku berpandangan. Aku lihat bibir mereka bergerak-gerak memuji Tuhan seperti mana Abraham (peace be upon him) setelah hasratnya untuk berzuriat dikabulkan…

Setelah itu, kami menghabisi sepertiga malam berbaring di rumput bukit, melihat ke langit. Benar kata sahabatku, bukit itu, dan malam itu adalah yang terbaik untuk melihat langit,dengan izinnya Tuhan kami.


Allahu akbar…

Allahu akbar…

Allahu akbar…


Masihkah ada cahaya di hati gelapku?

-monolog-

Saturday, October 4, 2008

waspadalah Sayang


Wawawa…hari ini berlalu dengan cukup mencabar! Entah dari mana mulanya, aku tertarik ke dalam suatu debat yang cukup hangat, tapi amat merangsangkan pemikiran. Persoalan ini serasanya kerap ditanya anak-anak muda, malah mungkin juga oleh saudara –saudara yang terdahulu.

Tolak semua kekeliruan, perbincangan hangat itu tadi juga membuatkan aku gembira…agak lama sejak aku berkesempatan untuk berinteraksi dalam bi’ah yang mendidik. Hmm…sebelumnya di AAJ adalah juga akhi Uzair, akhi Amir dan akhi Arif (Jen) untuk dibuat teman berbahas, namun sejak kembara-ke-alam-pemikiran-saudara2-berlainan-agama bermula, hampir terus langsung diabaikan…Syukur Tuhan masih beri peluang kali ini. Malah serasaku apa yang Dia berikan hari ini lebih berharga dari yang terdahulu. Wallahualam…

Debatnya bermula bila seorang sahabat (Bro A) bertanyakan pada seorang sahabatnya (Bro B). Aku ketika itu sedang duduk di belakang mereka.


Bro A: “Bro, tell me…what’s the point dating all those girls? You’ll still end up marrying only one, isn’t it?”

Bro B: “Dude, this is a necessity for us, the men! If we want the best, then we ourselves must go and hunt for it. Good girls don’t just simply come rolling to your door step you know…”

Hmm…rasanya kalian sendiri pun pernah dengar jawapan seperti yang di atas. Laki-laki itu alasannya untuk berkasihan dengan ramai wanita, untuk mencari calon yang terbaik. Jika dikira dari logiknya, tujuannya itu tak boleh disangkal, kerna setiap manusia pun akan mahukan segalanya yang terbaik buat diri.

Samalah seperti prosenya membeli kasut (atau pakaian). Pasti kita mencari design yang paling menarik pada mata. Pasti akan dicari kasut yang saiznya bersesuaian dengannya kaki masing2. Tak gitu? Namun pasti juga kalian tidak bersetuju kerana aku menyamakan kasut dengan manusia. Jadinya, bagaimana agaknya untuk kita mencari pasangan yang paling sesuai untuk kita?Yang kita mampu untuk mencintainya ke akhir hayat?dan yang mampu pula mencintai kita ke akhir hayatnya?

Kedua sahabat (Bro A & Bro B) itu asyik berbicara, jadi aku pun mendekati, ingin mengetahui butir bicara yang lebih lanjut. Mahu juga mendengarkan pandangan individu. Ah, yang sebenarnya aku sendiri juga kurang kefahaman tentang bab ini.Hm…bagaimana ya?


“Bagaimana untuk mencari calon isteri jika tidak survey2 dulu?”

Sedang aku berkira-kira jawapan, datanglah pula seorang lagi sahabat (Sis C). Dia juga seperti aku, tertarik pada bicara dua sahabat tadi.Tapi lagaknya beda sedikit, marah...


Sis C: "Who the hell do you think you are,huh?We(women) aren't groceries.You don't just come by,survey,and leave them if it's not up to your taste! We have feelings! We're not shoes and your reason are stupid!"



Terbejat sebentar alam...

1 saat...

2 saat...

3 saat...


Oh ya...semestinya perasaan itu yang membezakan seorang insan itu dengan kasut/pakaian/barangan.Tentulah Sis C(dan sekalian kaumnya) tak bisa setuju dengan layanan serupa itu.Wanita itu juga sebahagiannya manusia,punyai akal untuk berfikir,mentafsir.


4 saat...

5 saat...

Ah,itu masih belum menjawab persoalan utama!


“Bagaimana untuk mencari calon isteri jika tidak survey2 dulu?”



hmm...rasa-rasanya aku punyai jawapan, tapi untuk diluahkan mengikut pemahaman sendiri,pasti akan ditentang.Kami berlainan agama, adakah cocok jika aku menceritakan jawapan hanya dari sudut pandangan agamaku?

Aku susun ayat-ayat...(diterjemah ke bhs melayu)

Aku: "Bro, rasanya bukanlah salah kalau dilihatkan pada tujuanmu itu,berkasih ramai kerana mahu mencari yang terbaik. Tapi serasanya, cara memilih itu yang menyalahkan keinginanmu."

Mereka diam sebentar...mungkin mahu mendengar lebih lanjut...dahi Bro B kerut sedikit.

Aku: "Yang salahnya pada caramu itu ialah kamu bermain-main di kitar perasaan mereka. kamu jadikan mereka sayang kepadamu,kasih kepadamu, dan kemudian kamu berkasih pula dengan wanita lain dengan cara yang serupa.

Kamu manjakan mereka dengan panggilan 'sayang', 'baby', 'darling'.Kemudian kamu pahatkan janji cinta dengan memanggil mereka sebagai 'my girlfriend' atau 'my boo', membuatkan hati mereka merasa selamat dan yakin dalam janji2mu."

Bro B: "Jadi apa masalahnya?Of course kita harus menuturkan kata-kata sebegitu,melaungkan kepada yang lain bahawa gadis ini/itu milikku.Yalah,katakanlah salah seorang dari mereka menjadi isteriku nanti,bukankah itu yang akan harus kita lakukan nanti?Berikan kasih sayang, luahkan kata-kata cinta, untuk menjanjikan kesetiaan bersamanya!"

Aku: "Ya,benar cakapmu. Tapi apa pula jadinya pada wanita2 yang tidak menjadi isteri2mu? Kemungkinannya mereka ditenggelamkan oleh bicara manismu yang menjanjikan masa depan kalian bersama.Bagaimana pula dengan janji2 itu?

Wanita itu impiannya yang nombor satu adalah mendirikan mahligai bahagia bersama dengan orang yang dicintai.Jadi, bagaimana kalau 'orang yang dicintai'nya itu dicintai/mencintai pula orang lain?Aduhh...aku sendiri pun jika merasakannya pasti amat perit."

Bro A: "Tapi bukankah sudah fitrahnya wanita itu suka dipuji dan dipuja?Jadi apakah ianya kesalahan si laki-laki jika kami memenuhi hajatnya mereka?"

Sis C tampaknya kurang senang dengan pernyataan itu.tapi aku juga merasakan ada benar pada katanya,tapi bukanlah semua.

Aku: "Bro,itu namanya bukan memenuhi hajat, tapi mengambil kesempatan!Kita kaum laki sedia maklum kebanyakan dari mereka(wanita) itu fiilnya begitu.Macam kamu jugalah!Kamu sendiri mengaku kamu tahu wanita itu suka dipuja dan dipuji,jadi mengapa pula kamu melemahkan mereka dengan cara begitu?

Bukankah wanita itu perlu kita laki2 -sebagai kaum yang lebih gagah- melindungi mereka dari kekasaran dunia?Mungkin wanita sendiri akan mengatakan mereka mampu berdikari, mereka mampu melakukan apa jua yang kita lakukan, tapi fitrahnya mereka tetap kaum yang lebih lemah. dan disebabkan 'lemah'nya mereka itu,membezakan mereka dari kita(laki2)."

Aku pandang pula ke arah Sis C...

"Dan wanita itu juga perlulah sendiri sedar, bahawa puji-pujian itu adalah senjata si lelaki untuk merebahkan mereka.Lidah kami adalah senjata paling ampuh untuk menerobos masuk ke ruang hati kalian.Dan ketahuilah juga oleh perempuan2 yang suka mengambil kesempatan, lemahnya laki-laki itu adalah kerananya seorang perempuan,sebagaimana terbukti oleh sejarah bagaimana jatuhnya Troy ke tangan Sparta hanya kerna seorang wanita.Jadi mengapa perlu diambil kesempatan terhadap kelemahan masing2?"

Bro B: "Jadi,bagaimana cadangmu cara yang betul untuk kita mencari pasangan?"

Aku: "Kiranya jika benar kalian ingin mencari pasangan hidup untuk dibinakan bersama masa depan,janganlah digunakan kata-kata bicara manis itu. Berwaspadalah dalam menuturkan kata cinta.Janganlah dijanjikan pada masing2 mahligai kebahgiaan yang masih belum pasti,kerna takdir itu bukanlah dalam kuasa kita..."

Sayang...bahas kami terhenti bila masa untuk pulang tiba. Tapi aku berlalu dengan perasaan yakin dan agak berpuas hati dengan jawapanku.Hm...mungkin masih banyak kekurangannya di mana2, tapi aku serahkan saja kepada Dia Yang lebih Mengetahui...


harapnya ada kesempatan untuk sampaikan pandangan dari perspektif Islam
-monolog-

Friday, October 3, 2008

bersyukur dengan penuh nafsu...


ugh,gawat! pagi ini sebaik saja mataku terbuka, terasakan satu perasaan yang amat menjengkelkan. Badan terasa gatal-gatal, tapi bila digaru tetap tidak hilang...Ah!Cukup mengganggu!

Segala Puji Bagi Tuhan kerna Dialah Yang Memberi Nikmat! Lambat aku sedar yang itu petandanya ku masih punyai deria rasa...panca mata ini masih mampu melihat, indera suara juga masih mampu diluahkan (walaupun sekadar merungut).Aii...kenapalah hamba ini sukar benar mengucapkan syukur kepadaMu Tuhan...

Aku terduduk sebentar di kerusi di anjung, berfikir...terlalu banyak perkara yang kita suka untuk tidak bersyukur...Kita merungut dengan cuaca yang berubah2(sejuk/panas), kita mengeluh bila terpaksa berjalan untuk memenuhi sesuatu pekerjaan, kita bermasam muka pabila dikerah ibu untuk ke pasar dan macam2 lagi...mengapa tidak kita bukakan mata dan lihat di dalam segalanya ada sejuta kebaikan buat diri kita?

  • Bagi yang merasakan cuaca itu suatu gangguan, tidakkah kita terfikir betapa sengsaranya mereka yang hidup di bumi yang tanahnya sentiasa dibakar mentari? yang tidak pernah merasakan nikmatnya kesejukan?
  • Bagi yang merasakan berjalan itu suatu beban, megapa tidak kita potongkan sahaja kaki itu dan merasakan sendiri pengalaman orang yang tidak berkesempatan?
  • Bagi yang merasakan panggilan ibu itu suatu pencemaran bunyi yang memporak perandakan harimu, mengapa tidak kita bertanya kepada anak-anak yatim, bagaimana mereka kepingin mendengar suara ibu-ibu dan ayah-ayah mereka?atau, tidakkah kita tertanya-tanya, bagaimanakah pula bagi mereka yang tidak pernah merasakan, 'bagaimanakah agaknya kemarahan ayah ibu itu? apa kiranya perasaan dimarahi ayah ibu?'Sungguh kita ini makhluk yang kurang bersyukur...

Aii...jikalaulah kita benar-benar melihat, pasti akan dibukakan olehNya kepada pemandangan yang terbanding...hanya bisa mengucapkan syukur pada hajat yang dipenuhi...mengapa tidak kita yakin dengan ayat-ayatNya?



"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
~Quranul Karim,94:6~



Adakah pernah Tuhan yang mengutuskan kalam agung ini berdusta kepada hamba-hambaNya?Ah, jikalau Dia ingin buatkan apa jua pun kita tidak layak menyoalkannya, kerna kita ini adalah milik Dia yang sebenar-benarnya....

Aduhai...yang sebenarnya bukanlah kita ini tidak mengetahui kehebatan penciptaanNya...cuma kita memilih untuk memalingkan kepala,telinga,mata,hidung dan segala jua deria kenikmatan dari menghadap dan mengakui yang kebenaran, semuanya dek kerana ingin melayan nafsu sendiri...aii...nafsuku,nafsuku...


Sebut tentang nafsu, teringat pada aduan seorang sahabat yang kini sudah pun berada di Ireland (Semoga hidayah Tuhan datang kepadanya)... Dia menelefon dengan pernyataan, "aku bencikan nafsu!kenapalah Tuhan ni ciptakan nafsu?" Entah kenapa aku tersenyum dengar soalan tu.Mungkin sebab beberapa minggu sebelum tu,aku telah ditanyakan soalan yang serupa...Jadi, aku pun berkongsi sedikit ilmu Tuhan yang aku peroleh dari seorang lagi sahabat (Syukran Akhi Asyraf Matolo);

"Akhi, manalah kita ni boleh bencikan nafsu. Tuhan ciptakan nafsu itu sebagai sebahagian dari kita..nafsu tu juga menetukan tujuan hidup kita. Kalaulah tak ada nafsu, maknanya kita juga tak akan ada keinginan untuk apa pun. kalau tak ada nafsu, kita takkan nak berjaya, takkan nak kawin, malah kalau Tuhan tak ciptakan nafsu tu, kita takkan ada pun keinginan untuk mencintai Tuhan itu sendiri..Sedangkan itulah tujuannya Tuhan ciptakan kita...Jadi yang sebenarnya bukanlah salah nafsu, tapi kelemahan kita sendiri yang terlalu melayan kehendak nafsu tu...Nafsu itu juga ciptaan Tuhan, jadi kalaulah kita bencikan ciptaanNya, tidakkah bermaksud kita membenci ketetapanNya?"


lebih kurang begitulah jawapannya...Alhamdulillah, sahabat yang mengadu tadi tu(aku namakan dia IN) pun nampak memahami jawapan...Alhamdulillah, Tuhan yang permudahkan...kemudian aku terfikir pula, betapa mudahnya ilmu Allah ini, keterangan yang simple seperti di atas tu, boleh difahami sahabat yang berlainan agama.Ya, IN itu pegangannya Kristian Katholik. Seorang yang cukup taat pada agamanya, tapi kadang-kadang dia juga seperti aku, mempersoalkan betapa lemahnya diri dalam menghadapi dugaan Tuhan kami...namun dek kerana mudahnya untuk memahami agama ini, sekalian manusia pun bisa terkesan..Masya Allah,mudahnya ajaran Islam...


~semoga Hidayah Allah tiba dan tetap pada kami...bimbang benar jika aku tidak terpilih dalam kalangan orang yang diberi hidayahNya...rindu pada sahabat-sahabat semuanya~
-monolog-

Thursday, October 2, 2008

permulaan perubahan penghambaan...


ahh..kiranya ini kali pertama AABAA berasa serius untuk menulis blog. Jika selama ni acapkali menulis sebagai bingkisan untuk diri sendiri, kali ini harapnya dapatlah berkongsi dengan orang lain...syukur dengan hidayah Allah yang membukakan mata ni untuk "terbaca" blog seorang sahabat ni (God Bless her), barulah diri ni terasa terpanggil untuk menulis secara serius.hoho..Apa sekalipun,diharap kalian beri sokongan dan semoga diri sendiri ni pun x putus asa. Kena terapkan semangat Rasulullah yang x jemu2 mengajak umat kesayangannya ke arah kebaikan...Insyaallah...Ayo2...