Saturday, October 18, 2008

Kembali Bernafas...

Alhamdulillah...

Baru-baru ini aku menerima pesanan dari seseorang. Pesanannya pendek, tapi cukup untuk aku memahami. Pesanan perpisahan.

Hendak dikatakan aku bersedih, sememangnya wujud perasaan itu. Tapi jika dilihat dari gambaran yang lebih luas, ada baiknya begini.

Terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan, dan terlalu banyak aku terhutang budi padanya. Kedua-dua ini mustahil untuk aku tebus, apatah lagi membalasnya.

Doa? Aku tahu kami akan sentiasa mendoakan kebaikan untuk satu sama lain, dan insyaAllah, aku akan pasti doaku untuknya tak akan putus-putus sebagaimana akan aku doakan untuk diri sendiri, untuk kedua ibu ayahku, kedua abang-abangku...

Ikhlas aku katakan, aku juga gembira dengan semua yang kulalui sekarang. Oleh itu, jika kau sedang membaca ini, usahlah kau gusar, usah kau risau. Aku kini selamat, aku kini sihat.

Ketahuilah aku tidak akan jatuh lagi seperti mana jatuhnya seluruh alamku dahulu. Dan aku berharap benar kau akan percaya yang aku benar-benar ingin berubah, supaya doamu sentiasa mengiringi kembara perjuanganku.

Akhiran...dahulu aku tahu mulutku tidak pernah membicarakan perkataan ini, mungkin kerana aku masih terperangkap dalam dunia sesat rekaanku, tapi kini izinkanlah aku ucapkannya...

Aku tidak lagi mahu mengharapkan sayangmu, jauh sekali aku ingin mengimpikan cintamu. Oleh itu, izinkanlah aku memanggilmu sebagai 'sahabatku'...biarpun kita mungkin tidak kan ketemu lagi...

Wassalam...


semoga kita kan bertemu di syurga sana

-monolog-